Pages

Wednesday, December 14, 2016

GUA TEMPURUNG, GOPENG PERAK

Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. (wikepedia)

Last week kami berpeluang "caving" ke gua tempurung. Tempat nya tak susah nak pergi sbb banyak papan tanda tunjuk arah. Apa yg menarik kat sini...
  • Tempat riadah yg best untuk seisi keluarga..kanak-kanak & veteran pun blh jelajah gua ni
  • Pengetahuan baru anak-anak tentang ape yg ada dlm gua; stalaktit & stalagmit
  • Parking pun banyak..ada anggota rela yg akan membantu kita & memantau keadaan. 
  • Ada disediakan taman permainan 
  • Tandas awam yg besar, bersih & selesa.. bayaran 50 sen je 
  • Kedai makan 
  • Kedai cenderamata.. 
  • Adik yg jaga kaunter peramah..begitu juga dgn semua guide..

Ada pelbagai pakej tour yg ditawarkan..ada yg kering & basah..Tour 1 & 2 (dry) seperti dalam gamba di bawah. Kekuatan kaki mmg perlu sbb kita kena naik bnyk anak tangga ..ada yang menegak, rendah & tinggi...ada anak tangga yg basah & licin..  kena jaga baek-baek kamera & handphone..takut terjatuh ke bawah, berkecai




pintu masuk ke gua tempurung  









Tour 2..setakat sampai sini je.. lepas dr gate tu khas untuk wet tour

Sy mmg rekomen sape-sape yg suka aktiviti lasak & blh bawa anak-anak untuk menjelajah gua tempurung.. guide akan akan sentiasa beri penerangan & membantu anda.. Selamat menjelajah




1 comment:

  1. This article is in fact a good one it helps
    new net people, who are wishing in favor of blogging.

    ReplyDelete

 

Popular Posts