Pages

Tuesday, January 21, 2014

PULAU PANGKOR 3

PART 3 : PUTERI BAYU BEACH RESORT



 Sebelum ke Pulau Pangkor, kami dah survey banyak hotel dan chalet...Pada mulanya memang kami nak lepak kat Teluk Nipah, tapi hotel yg sedia ada penuh dan nak lepak chalet tapi chalet nya jauh skit dari laut dan kedudukan chalet2 nya rapat rapat..lagi pun big boss tak suka yg crowded, dia suka suasana yang tenang dan rileks... jadi bertapalah kami di Puteri Bayu Beach Resot yg terletak di Pantai Pasir Bogak selama 3 hari 2 malam. 

Puteri Bayu Beach Resort ada menawarkan penginapan berbentuk bilik hotel dan chalet. Kami memilih untuk memilih chalet yang diberi nama Garden Villas. Kami memilih 2 chalet yg mempunyai sambungan pintu di tengah tengah.  Nak tahu lebih lanjut, infonya ada di sini Puteri Bayu Beach Resort


Masa utk chek in adalah pada pukul 3 petang. Kami sampai pukul 1.30 tengah hari, so kami kena tunggu. Mintak masuk cepat tapi mereka kata, bilik tak siap lagi. Jadi, kami disuruh simpan beg di luggage room dan kami pun merayau sekitar resort.

Jom layan view yang ada di sekitar Puteri Bayu ni

 
  
 

beg yg disimpan perlu ditag
 






 Bangunan hotel... di tingkat bawah tu ada surau

 kafe

View di sekitar chalet


  

 ada mini reban ayam, betul betul di belakang chalet yg kami tinggal. pagi pagi dengar ayam berkokok..cam kat kampung lak 













chalet yg ini, betul betul mengadap laut..memang cantik






Inilah chalet yg kami tinggal.. Garden Villas


m
 1 single bed & 1 queen bed




pintu penyambung antara 2 chalet

ada penunjuk arah kiblat

Jommmm terjun laut!!!!!!
 




 ada org bagi kami tengok gamat...1st time dapat pegang gamat...besar
  
Dah terjun laut, naik bilas dengan air kolam....

Swimming pool ini dibuka pada pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja dan tiada guard life..so, parents kena pantau anak-anak anda








 sudah senja, baru ingat nak naik..tu pun kena pujuk

Bila sudah malam kami keluar cari makan, kedai makan hanya 1 je yg kami tahu...tak jauh dari resort..cuma kena keluar jalan skit je...suasana kat area pasir bogak malam malam mmg meriah...majority penduduk di sini adalah masyarakat cina...mmg banyak kedai makan cina...kat sini banyak chalet dan hotel-hotel yang lain...banyak kedai menjual pelbagai barang keperluan, pakaian, pelampung, mainanan dan cenderamata..ada juga gerai-gerai org melayu menjual makanan tapi tak banyak...
 






 kedai makan yg melayu hanya 1 je yg kami tahu...harga makanan kat sini blh tahanlah..sama je dengan harga kat luar...tapi kat sini makanan goreng goreng mmg bnyk lauk...udang ngan sotong besar besar plak tu..manis manis..tapi tu lah tauke kedai nya sombong skit...senyum pun x de...nak tak nak kena beli kat kedai ni jugak lah....



 
 bila dah kenyang, kami pun pulang...

Apa yang menarik di Puteri Bayu Beach Resort? 
  • Resort yang best, strategik utk pengunjung yg inginkan suasana yang tenang
  • Tempat yang cantik dan mmg best lah 
  • Ada pelbagai kemudahan yang disediakan seperti surau, kafe, swimming pool utk dewasa dan kanak-kanak
  • Laut yg memang dekat berhadapan dgn resort
  • Swimming pool yang bersih sbb ada pekerja yg mencuci
  •  kedai makan dan kedai barang keperluan pun mudah nak cari
  • ada banyak kemudahan menyewa bot utk kita pusing-pusing pulau
  • pekerja yang ramah
  • pengangkutan pun senang dapat, blh sewa teksi, motosikal atau basikal tapi hati-hati di Pulau Pangkor juga ada sekatan polis (roadblock)
  • pantai yang bersih
  • kemudahan di dalam chalet yg baik seperti kettle, minuman 3 in 1, televisyen, penyangkut baju, towel, iron kena minta kat receptionist, tikar sembahyang, penunjuk arah kiblat dan mcm2 lagi  
  • Towel, cadar, selimut, sarung bantal diganti setiap hari
  • breakfast nya blh tahan tapi mcm simple sangat (mcm budget2 je..)
Apa yang tak menarik?
  • bilik air nya kotor mcm tak pernah diberus, pekerja hanya jirus air je kot
  • sabun bilik mandinya tak diganti pun dgn yg baru..kena jimat2 pakai
  • bilik chalet yg agak kotor mcm just sapu2 skit dan ganti apa yang patut je
  • sebelah resort ni adalah pantai awam, so banyak penyewa2 bot melepak dan meramaikan keadaan di sini
  • persekitaran laut yg tenang dicemari dgn kehadiran bot-bot dari org luar (bot penyewa) di sekitar pantai..penyewa-penyewa bot ini sesuka hati mengundur atau menggerakkan bot2 mereka di kalangan pengunjung yang tengah mandi manda di tepi pantai..keadaan ini amat merimaskan dan merbahayakan... pihak resort PERLU ambil kisah tentang ini
  • hari pertama mandi kat situ ok, airnya mmg cantik, tetapi hari ke 2, airnya mcm berminyak..mmg melekat kat baju dan baunya busuk..kemungkinan besar minyak dari bot-bot penyewa..

Cerita saya bukan sampai di sini sahaja..nak tahu cerita seterusnya...jom kita ke PART 4 : PUSING-PUSING KELILING PULAU

PULAU PANGKOR THE SERIES :


Dah baca, jangan segan-segan....komen-komen lah skit.... 
bagi yang dah ambil gamba dari blog ini jgn lupa tag saya ye..
terima kasih ^_^



5 comments:

  1. sis..sy rekemen pegi pulau kapas,ganu..confirm puas hati.air laut bersiah sgt2...walaupun dah masuk dlm air,masih nampak kaki di bawah air..bersih..jauh beza ngn pangkor

    ReplyDelete
  2. pulau-pulau mmg sy nak pegi...tapi tunggu anak2 besar skit kot..hehe,,, by the way, thanks ya sudi singgah blog sy :)

    ReplyDelete
  3. Sis...kt resort ni boleh buat bbq ke

    ReplyDelete
  4. bbq kat mana ye..ade tempat di sediakan ke mcmana...

    ReplyDelete

 

Popular Posts