Pages

Monday, January 27, 2014

GURU vs MURID


 Hanya pandangan saya, maaf jika ada yang terasa

Oh! laporan berita sabtu lepas mengejutkan... terpapar di kaca tv berita tentang murid skolah disuruh makan rumput olh gurunya akibat tak siapkan keje skolah...memang tak munasabah...dan blh dikatakan suatu tindakan yang melampau...glamer jadinya sekolah tu..siap amik gamba & nama skolah lagi...


Tapi terpikir juga perlu ke dipaparkan di tv....apa salah nya, ibu bapa murid terbabit datang ke sekolah, berjumpa dengan pihak sekolah dan berbincang...maaf kan saya jika sebelum2 ni pihak berkenaan ada membuat perbincangan tetapi perkara ini berlaku lagi... jika ini adalah masalah pertama, ada baik nya buat perbincangan dan masih juga berlaku lagi buatlah laporan kepada pihak atasan...

Ini akan memburukkan lagi keadaan..bukan antara pihak sekolah, pihak guru2 dan murid2 malah kita jgn lupa kita ada pengkritik2 hebat di luar sana yg pandai mengkritik tanpa usul periksa...sekaligus status guru-guru juga ada sedikit terjejas...maaf kan saya, jika kata-kata ini keterlaluan..

Saya sendiri juga selalu menghadapi masalah antara anak saya dgn pihak guru...baru-baru ini, saya menerima berita, mulai hari ini dan selama 2 minggu, Adlina dan beberapa murid yg lain digantung menjadi pengawas sekolah akibat selalu masuk lewat ke kelas selepas waktu rehat..pihak sekolah mengatakan, guru-guru telah menangkap anak saya dgn kawan-kawannya menolong mak cik kantin membasuh pinggan di belakang sekolah...dan pihak sekolah juga mengatakan, ada guru yang mengadu anak saya dan kawan-kawannya selalu masuk lewat ke kelas...masa tu saya rasa amat-amat terkejut dan mula membayangkan yg anak saya sudah mula buat hal...

Saya mula menyoal siasat apa yg sebenarnya berlaku...menurut cerita Adlina, masa hari dia ditangkap olh guru sekolah nya, dia dgn beberapa org rakannya dipaksa oleh 2 org murid yg lain untuk membasuh pinggan mak cik kantin tu... kalo ada sesiapa yg tak buat, mereka akan dicubit oleh 2 murid itu....(maybe kes buli ni...)..Adlina telah sentiasa dinasihat & diberi ingatan, kat skolah jangan bergaduh ngn kawan2...cuma perlu diam aje...tak sangka pulak, yg dia ni lurus blh ikut ckp 2 org murid tu...mungkin dia tak nak bergaduh & bising-bising...nak tak nak, dia kena basuh juga...masa tgh membuat kerja amal tu lah dia ditangkap...setelah disoal siasat oleh cikgu-cikgu , maka 2 org murid tadi telah dipersalahkan...dan mereka semua termasuk Adlina telah diberi amaran...persoalan mula timbul mengapa makcik kantin tu blh membiarkan murid-murid yg memakai baju skolah membuat kerjanya...

Dan kes ke 2 dia selalu masuk lewat ke kelas selepas waktu rehat kerana setiap pengawas sekolah diberi tugasan MESTI mengutip sampah selepas waktu rehat..maklumlah sekolah agama, bukannya ada tukang kebun, semuanya mesti dilakukan sendiri sendiri...itu saya tak kesah, sekurang kurangnya anak saya tahu menunaikan tugasannya...tetapi yg peliknya, kenapa cikgu-cikgu nak komplen yg dia dan kawan-kawannya lewat masuk ke kelas, sedangkan mereka tahu mereka ada tugas dan telah diberi tanggungjawab...saya bertanya lewat sgt ke?...Adlina jawab, tak lewat pun..lepas kutip-kutip sampah terus masuk kelas...lagipun pengawas ramai, mesti kerja cepat selesai...cikgu pun x marah kalo masuk kelas lewat..abes kenapa saya terima aduan yg cikgu-cikgu skolah komplen yang dia & kawan-kawananya setiap hari masuk kelas lewat...musykil sungguh...ini mesti ada yg miss communication...

Memula memang saya tak puas hati dgn pihak sekolah, rasa mcm nak pegi skolah tanya apa masalah sebenarnya...murid-murid menerima arahan dan menurut arahan tetapi masih lagi dikomplen...dan memang tak puas hati sbb itu kali pertama ditangkap & terus digantung jawatan padahal itu bukan salah dia & murid-murid yg senasib dgnnya... tetapi saya perlu bersikap lebih terbuka...buat masa ini, saya hanya menunggu dan melihat...jika kes ini berlanjutan dan tiada penyelesaian, mungkin saya akan turun campur tangan dan berbincang..

Dalam menangani masalah antara anak-anak & guru-guru sekolah, kesabaran & bersikap terbuka juga posotif perlu ada...kita perlu ingat, bahawa mereka itu GURU, guru yang mendidik anak-anak kita, guru yang tak pernah jemu mencurahkan ilmu nya kepada anak-anak kita....kita sebagai ibu bapa, perlu memantau anak-anak kita..setiap hari luangkan masa anda utk anak-anak..bertanyakan khabar mereka...apa yg mereka lakukan seharian....setiap hari anda mesti mesti cek buku sekolah & beg mereka..jika ada kerja sekolah, suruh mereka selesaikan segera...jgn biarkan anak-anak anda menangani sendiri masalah mereka...jika ada masalah, tanyakan kepada mereka dan berbincang dgn pihak guru berkenaan...jgn ambil keputusan terburu-buru..jika anda terdengar tindakan seseorang guru itu melampaui batas, pergi ke sekolah anak dan berbincang secara baik...jika tiada perubahan, minta nasihat pada yang lebih tahu atau anda blh juga mengadu kepada pihak atasan...

Maafkan saya jika pendapat saya tidak sama dgn anda atau anda tidak berpuas hati dgn pernyataan ini...ini hanya pendapat saya sahaja...sentiasa berfikiran positif & bukalah minda anda...tiada masalah yang tak blh diselesaikan...jika tak mampu menyelesaikannya, minta bantuan dari pihak yang lebih pakar...

Sekian...

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts